Friday, March 9, 2012

Pencipta Logo Kelab

Setiap kelab atau persatuan perlu mempunyai sebuah logo bagi melambangkan organisasi terbabit di dalam bentuk grafik. Logo Kelab Memanah UPM telah diilhamkan oleh salah seorang daripada ahli kelab iaitu;



Razlin Izwan bin Mohd Isa
Belajar di Univesiti Putra Malaysia.
Mengambil jurusan Bachelor Sains Dan Teknologi Alam Sekitar, Tahun ke-2

Segala kerja yang melibatkan pengeditan telah dilakukan oleh beliau. Proses membuat logo ini telah mengambil masa lebih 2 minggu untuk disiapkan. Dan hasilnya, sebuah logo yang melambangkan semangat, keteguhan dan kerjasama telah diterima secara rasminya sebagai logo Kelab Memanah UPM.



Semoga dengan terciptanya logo KELAB MEMANAH UPM, kelab ini akan lebih dikenali di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sekaligus, meletakkan nama Universiti Putra Malaysia ke puncak yang lebih gemilang...InsyaAllah..

Kurangkan stress. Mari gemuruhkan suara anda.

No comments:

Post a Comment