Tuesday, March 20, 2012

Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Pertama 2012

Pada hari ini bermulalah Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Pertama bagi tahun 2012. Kejohanan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Kampus Durian Tunggal, Melaka. Seramai 369 pemanah bakal menyertai kejohanan yang berlangsung di Melaka sekaligus mencipta rekod baru penyertaan bagi Sirkit Kebangsaan. Tidak ketinggalan juga pemanah-pemanah daripada Universiti Putra Malaysia. Berikut merupakan senarai pemanah daripada Universiti Putra Malaysia.

Mohd Firdaus bin Isa
Nornasreeni bt Abdul Manap
Nor Azira binti Taip
Irza Hanie bt Abu Samah
Liew Tek Wa
Nazrin Aizad bin Nasir
Mohd Kaharuddin bin Ashah
Firdaus Bin Md Lazim
Zuhairi Iylia bin Zulkafli
Julihartati bt Zulkifli
Anna Alisa bt Ahmad Tajuddin
Ismail bin Zainal Abidin
Mohd Azrul bin Salleh Putin
Ahmad Hidayat bin Mohd Isa
Wan Siti Sarah bt Wan Nizam

Diharapkan pemanah-pemanah daripada UPM akan memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan sekaligus menghadiahkan pingat buat Universiti Putra Malaysia. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka di bumi Melaka..InsyaAllah...

Friday, March 9, 2012

Pencipta Logo Kelab

Setiap kelab atau persatuan perlu mempunyai sebuah logo bagi melambangkan organisasi terbabit di dalam bentuk grafik. Logo Kelab Memanah UPM telah diilhamkan oleh salah seorang daripada ahli kelab iaitu;



Razlin Izwan bin Mohd Isa
Belajar di Univesiti Putra Malaysia.
Mengambil jurusan Bachelor Sains Dan Teknologi Alam Sekitar, Tahun ke-2

Segala kerja yang melibatkan pengeditan telah dilakukan oleh beliau. Proses membuat logo ini telah mengambil masa lebih 2 minggu untuk disiapkan. Dan hasilnya, sebuah logo yang melambangkan semangat, keteguhan dan kerjasama telah diterima secara rasminya sebagai logo Kelab Memanah UPM.



Semoga dengan terciptanya logo KELAB MEMANAH UPM, kelab ini akan lebih dikenali di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sekaligus, meletakkan nama Universiti Putra Malaysia ke puncak yang lebih gemilang...InsyaAllah..

Kurangkan stress. Mari gemuruhkan suara anda.

Sunday, March 4, 2012

Kejohanan Memanah Dalam Dewan UniSZA -2/2/2012-

Perjuangan yang pertama bagi KELAB MEMANAH UPM untuk tahun 2012 dalam Pertandingan Memanah Dalam Dewan UniSZA.


Suasana memanah di dalam dewan nyata memberikan perasaan yang berlainan.


FIGHTING!!


Wajah-wajah ceria sepanjang kejohanan.


 Kejayaan yang telah dikecapi oleh pemanah-pemanah UPM.


Pingat Perak bagi Kategori Team Olympic Round- Recurve


Pingat Emas bagi Kategori Team Olympic Round- Recurve


Pingat Emas bagi kategori Individu Olympic Round- Compound


Pingat Emas bagi kategori Individu Olympic Round- Recurve


Pingat Gangsa bagi kategori Individu Olympic Round- Compound


Pingat Emas bagi Kategori Team Olympic Round- Compound



Alhamdulillah syukur pada Allah dan TAHNIAH pada wira-wira UPM kerana berjaya MENAWAN UniSZAdengan memperoleh 4 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa seterusnya dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN Indor UniSZA 2012.

Saturday, March 3, 2012

Kem Bina Semangat di Port Dickson


 














Atlit-atlit Memanah UPM

Beberapa gambar atlit yang sempat dirakam. Tumpuan dan fokus yang tinggi perlu untuk memastikan arrow mengenai sasaran. 









Kelab Memanah UPM

UPM merupakan salah satu PUSAT SUKAN TUMPUAN MEMANAH yang diiktiraf oleh KEMENTERIAN PELAJARAN TINGGI dalam usaha untuk membangunkan sukan memanah ke peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, KELAB MEMANAH UPM telah ditubuhkan untuk melancarkan lagi urusan dari segi latihan dan kebajikan ahli kelab. Sasaran utama KELAB MEMANAH UPM adalah untuk menarik keahlian sekurang-kurangnya seramai 50 orang pada tahun ini. Gambar di bawah menunjukkan keadaan semasa di Lapang Sasar Memanah UPM.


Lapang Sasar Memanah UPM

Pokok-pokok hijau di sekeliling lapang sasar memanah UPM membantu mengindahkan lagi lapang sasar ini.
Lapang sasar UPM menyediakan sebanyak lima distances untuk atlit berlatih, iaitu sejauh 30meter, 50meter, 60meter, 70meter dan 90meter. Lapang sasar ini juga digunakan setiap tahun bagi kejohanan memanah interkolej dan telah digunakan beberapa kali untuk kejohanan memanah MASUM.


Atlit Menjalani Latihan

Atlit-atlit memanah menjalani latihan pada setiap petang di dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan di sepanjang tahun 2012. Sehingga kini sebanyak 20 orang atlit di bawah naungan KELAB MEMANAH UPM. Memanah merupakan satu sukan yang memerlukan semangat dan komitmen yang tinggi untuk berjaya. Ada pepatah mengatakan, Champion are not born, they are made.