Saturday, March 3, 2012

Kelab Memanah UPM

UPM merupakan salah satu PUSAT SUKAN TUMPUAN MEMANAH yang diiktiraf oleh KEMENTERIAN PELAJARAN TINGGI dalam usaha untuk membangunkan sukan memanah ke peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan itu, KELAB MEMANAH UPM telah ditubuhkan untuk melancarkan lagi urusan dari segi latihan dan kebajikan ahli kelab. Sasaran utama KELAB MEMANAH UPM adalah untuk menarik keahlian sekurang-kurangnya seramai 50 orang pada tahun ini. Gambar di bawah menunjukkan keadaan semasa di Lapang Sasar Memanah UPM.


Lapang Sasar Memanah UPM

Pokok-pokok hijau di sekeliling lapang sasar memanah UPM membantu mengindahkan lagi lapang sasar ini.
Lapang sasar UPM menyediakan sebanyak lima distances untuk atlit berlatih, iaitu sejauh 30meter, 50meter, 60meter, 70meter dan 90meter. Lapang sasar ini juga digunakan setiap tahun bagi kejohanan memanah interkolej dan telah digunakan beberapa kali untuk kejohanan memanah MASUM.


Atlit Menjalani Latihan

Atlit-atlit memanah menjalani latihan pada setiap petang di dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan di sepanjang tahun 2012. Sehingga kini sebanyak 20 orang atlit di bawah naungan KELAB MEMANAH UPM. Memanah merupakan satu sukan yang memerlukan semangat dan komitmen yang tinggi untuk berjaya. Ada pepatah mengatakan, Champion are not born, they are made.

1 comment:

  1. Salam. Saya guru penasihat Kelab Memanah SMSTSSS berminat untuk menjalinkan hubungan dengan kelab tuan untuk bantuan kepakaran latihan dan nasihat.

    ReplyDelete