Friday, June 29, 2012

Kejohanan Memanah Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1 UNIMAS 2012

Assalamualaikum and Hello :)



Dari 8-15 April 2012 (beberapa hari sebelum cuti pertengahan semester) berlangsunglah kejohanan sukan MASUM Fasa 1 2012 di UNIMAS, Sarawak. Kejohanan fasa 1 ni melibatkan 8 jenis sukan; memanah, futsal, catur, tenpin bowling, renang, skuasy, tenis dan renang.

Kejohanan ini adalah kejohanan pertama kami dengan beg tajaan dari pihak Swan. jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak SWAN kerana sudi menaja beg kepada kami :). Gambar dibawah menunjukkan betapa gembiranya hati kami ke Sarawak dengan beg tajaan Swan . Bertambah semnagat mungkin :P.



Dari kiri :Abg Os,Kudin,Apek,Anna,Sireh,Irza,Juli,Ziera,Kak Leha,Azrul,Dayat,Kak Nas.
Baris depan dari kiri: YB,Coach, Tonchet, Janggut.




Kami menuju ke destinasi dengan menaiki pesawat Air Asia dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak UPM sendiri. Perjalanan mengambil masa err.. tak ingat pulak berapa jam. hihi. Alhamdulillah sepanjang perjalanan semuanya lancar :).

muka2 model air asia ;)


Selepas sampai, kami menaiki bas yang disediakan oleh pihak UNIMAS ke Apple Cross Student Village. Kitorang menetap disitu sepanjang kami berasa di Kuching Sarawak. Setiap hari kami akan menaiki bas yang disediakan mengikut sesi kami, compound women dengan recurve men waktu pagi dan recurve women dan compund man di waktu petang. Kitorang mulakan dengan FITA round (Women 70m,60m,50m,30m dan men 90m,70m,50m,30m). Untung long distance dijalankan pada hari kedua dan short distance di hari ketiga. Antara aksi-aksi pemanah UPM sepanjang kejohanan berlangsung:



 


Secara keseluruhan bagi semua acara, atlit memanah UPM, berjaya menggondol :

  • 16 emas
  • 8 perak
  • 8 gangsa
Lebih detail lihat gamba di bawah dan klik untuk tumbesaran :P


Muka bahagia atlit-atlit memanah UPM :)






Yeay!
Diharapkan pasukan memanah UPM akan terus maju kehadapan dan membawa pulang kejayaan pada setiap kejohanan! :) Fightinngg!!!
"Sekian! Tak tahu sangat sebenarnya nak tulis panjang-panjang, so banyakkan gambar je :) . "

Tuesday, March 20, 2012

Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Pertama 2012

Pada hari ini bermulalah Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan Pertama bagi tahun 2012. Kejohanan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM), Kampus Durian Tunggal, Melaka. Seramai 369 pemanah bakal menyertai kejohanan yang berlangsung di Melaka sekaligus mencipta rekod baru penyertaan bagi Sirkit Kebangsaan. Tidak ketinggalan juga pemanah-pemanah daripada Universiti Putra Malaysia. Berikut merupakan senarai pemanah daripada Universiti Putra Malaysia.

Mohd Firdaus bin Isa
Nornasreeni bt Abdul Manap
Nor Azira binti Taip
Irza Hanie bt Abu Samah
Liew Tek Wa
Nazrin Aizad bin Nasir
Mohd Kaharuddin bin Ashah
Firdaus Bin Md Lazim
Zuhairi Iylia bin Zulkafli
Julihartati bt Zulkifli
Anna Alisa bt Ahmad Tajuddin
Ismail bin Zainal Abidin
Mohd Azrul bin Salleh Putin
Ahmad Hidayat bin Mohd Isa
Wan Siti Sarah bt Wan Nizam

Diharapkan pemanah-pemanah daripada UPM akan memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan sekaligus menghadiahkan pingat buat Universiti Putra Malaysia. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka di bumi Melaka..InsyaAllah...

Friday, March 9, 2012

Pencipta Logo Kelab

Setiap kelab atau persatuan perlu mempunyai sebuah logo bagi melambangkan organisasi terbabit di dalam bentuk grafik. Logo Kelab Memanah UPM telah diilhamkan oleh salah seorang daripada ahli kelab iaitu;



Razlin Izwan bin Mohd Isa
Belajar di Univesiti Putra Malaysia.
Mengambil jurusan Bachelor Sains Dan Teknologi Alam Sekitar, Tahun ke-2

Segala kerja yang melibatkan pengeditan telah dilakukan oleh beliau. Proses membuat logo ini telah mengambil masa lebih 2 minggu untuk disiapkan. Dan hasilnya, sebuah logo yang melambangkan semangat, keteguhan dan kerjasama telah diterima secara rasminya sebagai logo Kelab Memanah UPM.



Semoga dengan terciptanya logo KELAB MEMANAH UPM, kelab ini akan lebih dikenali di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sekaligus, meletakkan nama Universiti Putra Malaysia ke puncak yang lebih gemilang...InsyaAllah..

Kurangkan stress. Mari gemuruhkan suara anda.

Sunday, March 4, 2012

Kejohanan Memanah Dalam Dewan UniSZA -2/2/2012-

Perjuangan yang pertama bagi KELAB MEMANAH UPM untuk tahun 2012 dalam Pertandingan Memanah Dalam Dewan UniSZA.


Suasana memanah di dalam dewan nyata memberikan perasaan yang berlainan.


FIGHTING!!


Wajah-wajah ceria sepanjang kejohanan.


 Kejayaan yang telah dikecapi oleh pemanah-pemanah UPM.


Pingat Perak bagi Kategori Team Olympic Round- Recurve


Pingat Emas bagi Kategori Team Olympic Round- Recurve


Pingat Emas bagi kategori Individu Olympic Round- Compound


Pingat Emas bagi kategori Individu Olympic Round- Recurve


Pingat Gangsa bagi kategori Individu Olympic Round- Compound


Pingat Emas bagi Kategori Team Olympic Round- Compound



Alhamdulillah syukur pada Allah dan TAHNIAH pada wira-wira UPM kerana berjaya MENAWAN UniSZAdengan memperoleh 4 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa seterusnya dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN Indor UniSZA 2012.

Saturday, March 3, 2012