Dari 8-15 April 2012 (beberapa hari sebelum cuti pertengahan semester) berlangsunglah kejohanan sukan MASUM Fasa 1 2012 di UNIMAS, Sarawak. Kejohanan fasa 1 ni melibatkan 8 jenis sukan; memanah, futsal, catur, tenpin bowling, renang, skuasy, tenis dan renang.
Kejohanan ini adalah kejohanan pertama kami dengan beg tajaan dari pihak Swan. jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak SWAN kerana sudi menaja beg kepada kami :). Gambar dibawah menunjukkan betapa gembiranya hati kami ke Sarawak dengan beg tajaan Swan . Bertambah semnagat mungkin :P.
Dari kiri :Abg Os,Kudin,Apek,Anna,Sireh,Irza,Juli,Ziera,Kak Leha,Azrul,Dayat,Kak Nas. Baris depan dari kiri: YB,Coach, Tonchet, Janggut. |
muka2 model air asia ;) |
Selepas sampai, kami menaiki bas yang disediakan oleh pihak UNIMAS ke Apple Cross Student Village. Kitorang menetap disitu sepanjang kami berasa di Kuching Sarawak. Setiap hari kami akan menaiki bas yang disediakan mengikut sesi kami, compound women dengan recurve men waktu pagi dan recurve women dan compund man di waktu petang. Kitorang mulakan dengan FITA round (Women 70m,60m,50m,30m dan men 90m,70m,50m,30m). Untung long distance dijalankan pada hari kedua dan short distance di hari ketiga. Antara aksi-aksi pemanah UPM sepanjang kejohanan berlangsung:
Secara keseluruhan bagi semua acara, atlit memanah UPM, berjaya menggondol :
- 16 emas
- 8 perak
- 8 gangsa
Lebih detail lihat gamba di bawah dan klik untuk tumbesaran :P
Muka bahagia atlit-atlit memanah UPM :)
Yeay! |
"Sekian! Tak tahu sangat sebenarnya nak tulis panjang-panjang, so banyakkan gambar je :) . "
rinduuu korangggg
ReplyDelete